Thursday, April 14, 2011

Sulaman Manik & Ribbon

Salam semua, memang lama sungguh saya tak duduk menyulam riben & menjahit manik. Terlupa rasa keseronokan membuat aktiviti favorite saya ni. Baru-baru ni pihak Mara telah menawarkan sebuah kedai untuk disewa. Actually tak senang nak rebut kedai Mara ni. Alhamdulillah berkat doa Mak dan anak-anak maka dapatlah kedai tu walaupun berpuluh yang datang interview. So, memang sibukla dengan aktiviti buka kedai...sekarang kedai pun dah okay. Bolehlah duduk dan menyambung aktiviti memanik mania ni...

Okay, di bawah ni sebenarnya jubah. Si pemakai memakai tudung tutup dada dan dia minta saya labuhkan jahitan ke aras perut. Tangan biar simple but nice. Not too heavy. Upah RM120.00






Satu lagi di bawah ini ialah baju saya sendiri. Baju raya tapi tak sempat nak pakai waktu raya haritu. Macam ni manik dileher heavy dan ada juntaian. Bila pakai nampak macam pakai necklace. Upah RM60.00 (Leher sahaja)

1 comment: