Saturday, March 3, 2012

Manik di Dress

Salam semua,bermula tahun ini 2012 saya hanya mengambil tempahan dari rakan terdekat dan keluarga sahaja...harap maklum. Semoga gambar di dalam blog ni dapat menjadi sumber inspirasi untuk penjahit manik di luar sana...Beading is ART.

Baju Sha...jatuh cinta pulak dengan baju nie...hope you like the design.

Bahagian tangan simple saja...kain jenis lycra susah sikit nak jahit berat...

Tuesday, September 20, 2011

Baju ibu & anak

Bertatahkan maniks...this is our baju raya this year. I like it. Simple.



 Baju cikgu Atie.

Cikgu Atie dah pesan untuk jahit simple simple pada lengan sahaja since she's wearing tudung. So, this is the results. Hope she likes it as much as I do.



Saturday, August 20, 2011

Jubah Kak Nani

Tahun ni memang sibuk tak sempat nak jahit manik ke riben ke. Baju kak Nani pun lambat siap...sorry ya kak.
Untuk baju jubah ni, I guna copper findings. Nampak menarik & eklusif. Kalau sempat nak jahit kat baju raya I nanti. Upah cam ni RM250 sahaja. Ada diskaun la of course. Selamat Hari Raya semua....





Monday, May 16, 2011

Sulaman Riben Rose & Manik Kristal di Kebaya

Sulaman Kristal dan Mutiara Faux di Kebaya



Sulaman Riben Rose di Kebaya



p/s: Saya sendiri jatuh cinta dengan baju-baju nie..... :)

Thursday, April 14, 2011

Sulaman Manik & Ribbon

Salam semua, memang lama sungguh saya tak duduk menyulam riben & menjahit manik. Terlupa rasa keseronokan membuat aktiviti favorite saya ni. Baru-baru ni pihak Mara telah menawarkan sebuah kedai untuk disewa. Actually tak senang nak rebut kedai Mara ni. Alhamdulillah berkat doa Mak dan anak-anak maka dapatlah kedai tu walaupun berpuluh yang datang interview. So, memang sibukla dengan aktiviti buka kedai...sekarang kedai pun dah okay. Bolehlah duduk dan menyambung aktiviti memanik mania ni...

Okay, di bawah ni sebenarnya jubah. Si pemakai memakai tudung tutup dada dan dia minta saya labuhkan jahitan ke aras perut. Tangan biar simple but nice. Not too heavy. Upah RM120.00






Satu lagi di bawah ini ialah baju saya sendiri. Baju raya tapi tak sempat nak pakai waktu raya haritu. Macam ni manik dileher heavy dan ada juntaian. Bila pakai nampak macam pakai necklace. Upah RM60.00 (Leher sahaja)

Wednesday, August 18, 2010

Sulam riben di leher & tangan baju kurung

Sulaman bunga riben memang salah satu kegemaran saya. Cantik dan nampak sweet sangat. Dihiasi pula dengan kristal. Amat sesuai untuk ibu yang mendukung baby.


Sulaman manik dan labuci yang ringkas untuk gaya di pejabat.




Monday, July 12, 2010

Friday, July 2, 2010

Monday, June 14, 2010

Riben plus Manik dan Kristal di baju kurung

Jahitan riben seperti di bawah amat simple dan sesuai untuk mummy yang mendukung anak. Harga RM 85 sahaja satu set dengan tangan. Tangan dijahit ala bracelet. Tangan sahaja RM50.

Wednesday, June 9, 2010

Baby bracelet

Custom made baby bracelet untuk si comel yang manja. Sila ambil ukuran tangan bayi anda dan email saya. Info lanjut akan dibincang melalui emel/sms.

 
                                                                       Pattern A

Bracelet di bawah (pattern B) adalah menggunakan magnet hook. Senang dipakaikan pada bayi yang suka bergerak aktif (macam baby saya).

Pattern B

 Pattern C


Pattern D








Mutiara Faux dan Kristal kaca di Kebaya

Jahitan mutiara faux, manik dan kristal kaca memang cantik. Amat menarik dan bergemerlapan di bawah cahaya lampu. Jahitan seperti di bawah harganya RM180.00 satu set. Jahitan bermula di bawah leher hingga ke bawah. Jahitan pada lengan saya buat ala-ala bracelet dengan kristal kaca bergantung pada deretan mutiara.


Deretan manik dan kristal di lengan baju kurung. Sweet & simple.